
Seperti cikgigi kata di post sebelum ini , cinta itu besar tafsirannya tapi kenapa manusia lebih suka cinta dalam hati dari diluahkan kepada empunya diri yang dicintai itu ?
Satu saja sebabnya , kerana takut.Takut untuk berharap , takut untuk bertanya , takut untuk meluahkan dan paling penting , takut ditinggalkan begitu saja.Jadi cara terbaik biarlah didalam hati saja mencintai kerana jika benar itu jodoh kita , sudah pasti penghujung nanti , cinta dalam hati itu terserlah dgn sendirinya . mungkin bukan sekarang masanya tapi masanya tetap akan tiba.Tapi selagi mampu dan berpeluang , luahkan lah sebelum terlambat.
Cinta tak menunggu masa.Tanpa dipinta datang dan tanpa dipinta pergi ..Sang pencinta perlu yakin untuk meluahkan rasa , kerana kita sendiri tak tahu sama ada pihak disana mungkin menyimpan rasa yang sama dan akhirnya bila dua-dua saling berdiam diri , maka penghujungnya pasti akan memilukan kerana si dia sudah berpunya.Masa itu sentiasa ada tapi kita yang sentiasa mengatakan tiada masa.CInta itu mudah jika kita merasakannya dengan sepenuh jiwa

ok post yg infomatif kali ni. :)
BalasPadam