Walaupun kedengaran agak lambat tapi tak apalah , nak jugak mengwishkan selamat hariraya aidiladha .. Dan sekali lagi cikgigi beraya di kampung halaman nenda di jengka 8 kerana kesihatan nenda sendiri yg tidak mengizinkan dia untuk melakukan banyak kerja .Jadi kami sekeluarga dengan Acu serta maklong sekeluarga beraya bersama2 .. :)
Menu utama seperti biasa lah kan , menu wajib kami .Soto , lodeh dan kari ayam .Semestinya dilawankan dengan nasik impat dan sekali lagi , tiada gmbr di pagi raya kerana cikgigi langsung tak pakai baju kurung tapi berkain batik dan berthirt .. HAHA sungguh tiada keadaban disitu .. Yelaa kteorg bahagian dapur je sambil gosip2 ..
Walaupun tak sempat bergambar tapi cikgigi nak selitkan gambar kami sekeluarga dihari raya kedua aidilfitri baru2 ni , Sebelum kami bergerak ke pekan , kmpung belah ayah.Acu ambikkan gambar ni sebagai kenang-kenangan .. Enjoy ...