Dearest reader , doo come in.Im cikgigi , Thank you for being silent reader , i appreciate it a lot.For the girl, please come again but for the boy , please dont fall in love with me cz my heart is belong to the CREATOR

This is BOut me ..

Views




Nama penulis blog ini ialah Nuraqira izzati bt Abdul Jamil dan lebih senang dipanggil Qira dikalangan rakan-rakan kelas dan juga kampus.
Mula mendapat pengajian awal di sekolah Rendah Jenis Cina di kuantan,pahang selama setahun dan mula berpindah ke Sekolah Rendah Agama swasta Al-Mukmin setelah mengikut bapanya berhijrah ke Temerloh,Pahang.
Anak kelahiran jengka 8 ini juga sering melibatkan diri dengan aktiviti sukan dewan sejak kecil lagi apabila mula mengikuti persembahan nasyid disekolah beliau.Berganjak keusia remaja,beliau berpindah pula ke Sekolah Menengah Agama Alkhairiah,pahang sehingga tamat pengajian tingkatan5.
Anak ke2 dari 4 adik-beradik ini juga tidak mensia-siakan sifat suka bercakap beliau apabila dinobatkan sebagai juara syarahan Bahasa Melayu Perempuan tinggi di peringkat pusat yang berlangsung di Maahad,Jengka.
Berbekalkan sifat tidak pernah mengalah didalam diri,akhirnya beliau berjaya meneruskan pembelajaran ke peringkat diploma di Politeknik Ungku Omar ipoh, perak dalam bidang teknologi maklumat.
Mula menjinakkan diri kedalam dunia blogging pada hujung tahun 2011 setelah disupport kuat oleh rakan tercinta yang juga seorang blogger.Menjadikan blog ini sebagai medan menulis yang terbaik untuk berkongsi cerita serta pendapat beliau tentang cinta.
Yakin dengan pengalaman cintanya yang tewas pada masa lalu serta sifat mendengar beliau yang sering digunakan oleh rakan-rakan untuk meluahkan perasaan kecewa tentang cinta membuatkan beliau mampu bercerita ,memberi nasihat serta menulis tentang cinta diruangan cinta di blog beliau.
Gadis happy go lucky ini juga percaya,dengan sedikit usaha serta nekad didalam diri mampu menjadikan beliau seseorang yang lebih baik.Kerana sifat asli didalam diri beliau sendiri yang mudah tersenyum dan ketawa menjadikan blog in seperti dirinya dengan garapan ayat si kaki senyum serta gigi menggambarkan dirinya yang tersendiri.
Sering bertanggapan bahawa hidup sehariannya tidak sempurna tanpa senyuman ,beliau sering kelihatan dengan senyuman tetapi disebalik senyuman tersebut,tersembunyi sifat tegas dan garang menyebabkan beliau sering dikatakan sombong pada sesiapa yang pertama kali berjumpa beliau.
Penggemar warna merah ini juga yakin,dengan sedikit keberanian , ketakutan akan tunduk sebagai pengalah,sekian.




 
Fully edit by QIELA AZMAN | I HATE COPYCAT | All right reserved by CIK GIGI