Dearest reader , doo come in.Im cikgigi , Thank you for being silent reader , i appreciate it a lot.For the girl, please come again but for the boy , please dont fall in love with me cz my heart is belong to the CREATOR

Ahad, 17 Jun 2012

Cinta teragung

Views

Ramai selalu kata cinta mereka adalah yang teragung !! hurmm cuba fikir2kan balik .Betul ke cinta teragung??ingat pada cinta teragung hanyalah pada yang Esa .Cinta yang tiada akhirnya.Cinta yang sentiasa didalam musim bunga jika kita sentiasa ikhlas menerima dugaanya , ikhlas menerima ketentuannya dan ikhlas menerima qada dan qadarnya.
Cinta padanya tiada berakhir ,sentiasa mekar,sentiasa subur pada kita.Jika kita sedih,dia pasti ada .Jika kita gembira,dia pasti ada dan jika kita marah,dia juga ada membekalkan kesabaran dan semangat.Itulah cinta teragung milik setiap manusia tetapi kita tak sedar semua tu sebab kita hanya menunggu cinta dari manusia yang pada akhirnya memakan diri kita sendiri.
ALLAh sentiasa ada tanpa jemu .Dia memberikan kita dugaan dan cabaran yang berliku tapi dia jugak lah yang memberi jalan penyelesaian setiap yang berlaku.Dia yang menghadirkan cinta didalam hati kita , tapi dia juga yang memelihara hati kita dari perkara yang mungkar.Alangkah indahnya hidup dengan cinta seperti itu.Cinta teragung .
Wahai sang pencinta , bukalah mata hati .pandang pasangan masing-masing dengan 2lapisan mata.Mata yang sedia ada dan mata hati kerana mata sendiri mampu menipu diri sendiri tapi mata hati tak pernah sekali-kali menipu,Percaya pada apa yang dirasa , percaya pada apa yang pasti , percaya dan terus percaya pada keyakinan mata hati.

Tiada ulasan:



 
Fully edit by QIELA AZMAN | I HATE COPYCAT | All right reserved by CIK GIGI