Sebenarnya ramai yang terjerumus dalam keadaan macam ini yang mana harus memilih antara kawan atau menjadi cinta ? Ohh tidak .. Cikgigi pernah mengalaminya.Amat sukar melaluinya tapi percaya pada kata hati korang semua taw2 . Memang pada mulanya berkawan tu manis , mudah bergurau , tak perlu kita fikirkan tentang perasaan si uda mahupun dara kerana kawan saja kan ? kenapa nak terlalu jaga hatinya bukan ?
Bila bercinta , percakapan pun kena jaga . Dah tak boleh ber aku dan ber engkau .Mesti guna lovely word contoh nya sayang , bie , honey , mama dan papa.Kemudian kalau cakap sikit kena tapis percakapan supaya tak menyinggung perasaan pasangan.Memanglah waktu berkawan pun kena jga tapi bila bercinta jaga dia lain macam sikit.Banyak lagi faktor lain bila memilih antara kawan atau cinta.Kawan-kawan sekeliling jugak kadang-kadang bagi impak yang kuat di hati kita bila selalu kawan memerli kita bersama , bertanya itu ini , bersikap Busybody dan macam-macam lagilah tapi itulah perangai manusia , dah tahu mesti nak bertanya kan ?
Kesimpulannya, antara kawan dan cinta jangan lah disatukan kedua perkara tersebut kerana perbezaan kawan dan cinta sangat nipis seperti perbezaan benci dan cinta.Sebab itulah orang selalu kata , lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik sebab cinta akan tumbuh diantaranya.lain orang lain pendapatkan ? jadi fikir-fikirkan oke ??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan