Dearest reader , doo come in.Im cikgigi , Thank you for being silent reader , i appreciate it a lot.For the girl, please come again but for the boy , please dont fall in love with me cz my heart is belong to the CREATOR

Ahad, 22 Julai 2012

Apa itu cinta

Views
Cinta itu besar tafsirannya .Ada yang kata cinta itu memeningkan , dan ada juga yang kata cinta itu menyakitkan tapi kenapa ramai tetap nak bercinta ? Sebenarnya tafsiran cinta ini lebih besar dari apa yang kita sangka.Terlalu besar sehingga setiap manusia lebih suka untuk memikirkan cinta sesama manusia sahaja.Betul tak ?
Pada cikgigi , cinta itu banyak bahagiannya .Pertama , cinta pada ALLAh .Tuhan yang mencipta sekalian alam.Kedua , cinta kepada ibubapa yang melahirkan kita kedunia ini.Ketiga , cinta sesama manusia yang membawa ke jinjang pelamin seterusnya ke syurga dunia. :)
Cinta pada ALLAH itu lebih mudah sebenarnya.Tidak perlu pada kesedihan dan kepedihan , jika kita sentiasa bersama nya serta berdoa . Insyaallah setiap yang datang itu pasti membahagiakan.tapi jika sebaliknya ? kita sendiri yang tahu ..
Cinta pada ibubapa tersangatlah indah.Bila kita dapat membahagiakan kedua ibubapa kita dengan pelbagai cara seperti berdoa , belajar bersungguh-sungguh dan tidak melukakan hati mereka yang banyak berkorban semata-mata untuk mendidik kita menjadi insan berjaya duniawi dan ukhrawi.

Cinta pada manusia :) , setiap orang mempunyai tafsiran sendiri dalam perkara ini.Ada yang kata seperti biskut , kejap ada kejap tiada.Ada juga yang kata seperti peti ais , Diisi penuhlah .Dibiar kosong .Secara peribadi cikgigi sendiri , cinta itu mudah.Kita harus menanggung setiap kepedihan jika kita inginkan kebahagiaan.Bahagia itu takkan datang bergolek,tapi kita kena berusaha.Baiki diri dahulu supaya kita mampu membahagiakan orang lain.Setiap orang pasti pernah kecundang dalam percintaan kerana cinta itu seperti kontrak.Habis tempoh tamatlah kebahagiaan ,yang ditinggalkan adalah kekecewaan.Cinta juga perlukan peluang.Peluang untuk memaafkan dan melupakan.Setiap manusia perlu diberi peluang walau sebesar mana kelukaan yang pernah dia buat.ALLAH sendiri memberikan kita peluang tatkala kita melawan cakap si ibu , meninggi suara terhadap si ayah tapi kita masih mampu hidup diatas muka bumiNYA.Jadi ? mengapa perlu kita beria-ria dalam memarahi seseorang bukan ?Cinta itu bebas , bebas untuk memilih tapi memilih yang setaraf dan tidak perlu yang sempurna kerana cinta menyempurnakan antara satu sama lain.Cinta pasti terluka tapi dalam terluka tetap rindu.CInta tulus dari hati , bukan dari kebendaan duniawi.Cinta tak perlu hipokrit , tapi perlu jujur :)
Besar kan makna cinta ? semoga cinta-cinta kita mendapat keredhaan ALLAH selamanya.Cikgigi sendiri mempunyai banyak cinta dan cinta teristimewa untuk imam cikgigi kelak , amin .

Tiada ulasan:



 
Fully edit by QIELA AZMAN | I HATE COPYCAT | All right reserved by CIK GIGI