Cikgigi selalu dengar pasal masalah cinta ni.Pasangan manalah yang bercinta tiada masalah kan ? Masalah ni lumrah dalam kehidupan bercinta , tak kira lah dari pihak uda mahupun dara ? cikgigi sendiri pun mengalami masalah dalam percintaan :) . tapi yang kerap kali cikgigi tanamkan dalam hati ialah andai ada jodoh tak kemana.
Memang frasa itu agak bosan sebab selalu sangat digunakan tapi bila fikir semula dengan hati yang menerima serta fikiran yang waras , betul sebenarnya frasa tu.Jodoh ini kan takdir tuhan, anugerah yang dikurniakan tuhan kepada kita.Tidak kira lah bangsa apa-apa pun.Semua merasai apa itu cinta.Sentiasa ingat setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian yang tersendiri.Semua itu bergantung pada cara kita mengendalikan situasi.
Buat pasangan-pasangan bercinta yang masih belajar pula , janganlah sampai menganggu pembelajaran.Cikgigi pernah hadapi semua tu malah lebih dari jangkaan pembaca semua tapi cikgigi memang mempunyai sifat , masalah peribadi tiada langsung kaitan dengan belajar atau pun kerja.Belajar tetap belajar, bercinta tetap bercinta ,kerja tetap kerja.Jangan kaitkan kesemua benda tu , kalau tidak macam mana kita nak berjaya kan ? tapi kalau pembaca semua ada perasaan macam tu , pecayalah korang semua ada ciri-ciri pemimpin.Lagi satu masalah pencinta muda zaman sekarang , bergaduh dengan pasangan masing-masing tapi yang jadi mangsa kawan-kawan satu kelas yang terpaksa tahan perasaan tengok korang tak siapkan kerja tambahan kerja yang ditugaskan secara berkumpulan.Aduh , janganlah sampai macam itu ye ?
Selain tu , cuba dapatkan segelas air masak ketika sedang dilanda perasaan sedih atau marah kerana air adalah pemberi oksigen kan ? jadi bila oksigen dalam badan stabil , otak kita akan dapat berfungsi dengan waras seterusnya kita dapat berfikir dengan baik.Cuba amalkan , Insyaallah menjadi disampng sentiasa beristigfar kepada ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan